Santai Sana, Sini Bersama Azwina

Santai Series dicipta khas untuk wanita yang menginginkan keselesaan dan mementingkan gaya dalam kehidupan seharian mereka. Untuk merealisasikan koleksi ini, enam wanita hebat yang bekerja di barisan depan, terutama semasa pandemik COVID-19 dipilih untuk memimpin kempen Santai Sana, Sini kami.

Memperkenalkan personaliti ketiga kami, Nor Azwina binti Jimrah, yang bekerja sebagai pegawai imigresen di Putrajaya. Azwina menceritakan peranan beliau sebagai pegawai imigresen, cabaran yang dia hadapi spenajang PKP dan apa maksud santai baginya.


Apakah peranan pegawai imigresen?

“Sebagai pegawai imigresen, kami bertanggungjawab mengeluarkan pasport dokumen perjalanan, visa, pas dan permit kepada warga asing. Selain itu, kami melakukan tugas-tugas penguatkuasaan dan juga tugas-tugas di pintu masuk.”
Apakah cabaran atau tanggapan bila anda bekerja sebagai pegawai imigresen?
“Bagi saya, perkara paling mencabar sebagai Pegawai Imigresen adalah apabila kami berhadapan dengan warganegara asing yang tiada visa, pas dan permit. Bila mereka tidak bekerjasama, mereka akan masuk secara haram. Bila kami ingin membuat tangkapan, mereka mula lah membuat sogokan atau rasuah. Salah faham yang sering berlaku antara orang ramai adalah mereka keliru tugas kastam dengan imigresen. Mereka akan cakap yang pemeriksaan barang adalah tugas imigresen, tetapi sebenarnya tugas kami adalah pemeriksaan terhadap orang, seperti kemasukan warganegara asing.”

Apa yang anda minat dengan pekerjaan anda sekarang?

“Saya minat dengan kepelbagaian tugas yang diberi. Contohnya, penangkapan warganegara asing, di mana saya perlu membuat siasatan terhadap pasport mereka dan juga pembekuan akaun.”


Apakah tugas yang paling mencabar sebagai petugas imigresen selepas COVID-19 melanda?

“Perkara paling mencabar kepada kami adalah apabila kami dihantar dan ditugaskan untuk menjaga warganegara asing yang positif COVID-19. Contohnya di Hospital Sungai Buloh, kami ditugaskan untuk membantu jururawat menjaga golongan tersebut.”


Apakah definisi santai bagi anda?

“Santai bagi saya adalah bila saya meluangkan masa untuk diri sendiri seperti pergi membeli-belah dan melepak bersama kawan-kawan saya.”


Apakah jenis baju yang membuat anda rasa tenang?

Saya suka baju yang selesa, tak panas dan senang untuk bergerak sebab saya ada dua anak, jadi kalau boleh, pakaian itu boleh dipakai dari pagi sampai malam.

Check out Our Santai Series

Liquid error (sections/pf-3aefb70f.liquid line 123): product form must be given a product
Liquid error (sections/pf-3aefb70f.liquid line 123): product form must be given a product
Liquid error (sections/pf-3aefb70f.liquid line 123): product form must be given a product
Liquid error (sections/pf-3aefb70f.liquid line 123): product form must be given a product
Liquid error (sections/pf-3aefb70f.liquid line 123): product form must be given a product
Pre-loader

Net Orders Checkout

Item Price Qty Total
Subtotal MYR 0.00
Shipping
Total

Shipping Address

Shipping Methods